Tarikh         : 06 Januari 2019                                                 
 Masa : 10.00 pagi - 1.00 tgh hari   
 Tempat : Belakang Pusat Internet Felda Besout 3   
 Peserta : 10 Orang   

 

Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah diminta oleh seorang usahawan untuk membuat pengembaraan video mengenai produk kesihatan berasakan kulit kayu manis (ceylon cinnamon). 

 

Aktiviti :

Peserta perlu berlakon memperkenalkan produk kesihatan ini mengikut terma dan syarat cabaran video yang diberikan. Antara kriteria adalah perlu ada adalah kanak-kanak, lelaki dewasa dan wanita. Video mestilah tidak melebihi 90 saat. Seramai 7 pelajar sekolah rendah terlibat dalam menjayakan jalan cerita yang dikehendaki.

 

Gambar Disini

Tarikh          : 2 Disember 2018                                                
 Masa : 2.30 petang - 5.00 petang 
 Tempat : Pusat Internet Felda Besout 3 
 Peserta : 6 Orang

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri 6 orang pelajar. Tujuan permainan adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar di musim cuti sekolah dengan menyertai pertandingan jengga dan chess.

 

Aktiviti :

Peserta perlu menyusun mainan jengga seperti blok kayu, keluarkan blok kayu di bahagian tengah dan susun semula di bahagian atas, lihat setinggi mana peserta boleh menyusun dan perlu berhati-hati supaya tidak runtuh. peserta yang meruntuhkan dikira kalah. Dalam permainan chess peserta dapat menajamkan fikiran dalam menyusun strategi untuk mengalahkan lawan.

 

Gambar Disini

Tarikh           : 11 November 2018                                            
 Masa : 10.00 pagi -12.30 tgh hari 
 Tempat : Pusat internet Felda Besout 3
 Peserta : 10 Orang 

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri 10 pelajar sekolah terdiri sekolah rendah & menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengatahuan mengenai penipuan siber yang semakin kerap berlaku tanpa mengira peringkat umur.

 

Aktiviti :

Pelajar diberi tugasan membuat satu karangan yang bertajuk bahaya penipuan siber (Scam Alert). Pelajar haruslah menaip di dalam microsoft word. Pelajar juga diberi tayangan contoh bagaimana penipuan siber ini berlaku.

Gambar Disini

Tarikh          : 2 Disember 2018                                                
 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari 
 Tempat : Pusat Internet Felda Besout 3 
 Peserta : 5 Orang 

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri 5 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengatahuan awal bagaimana untuk merangka pelan sesebuah perniagaan supaya dapat mengatahui risiko dan mengurangkan kerugian dan kesilapan pemilik perniagaan.

 

Aktiviti :

Setiap pelajar diberi satu tajuk perniagaan berbeza setiap seorang dan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan. kemudian pelajar perlu membuat perbentangan di hadapan.

 

Gambar Disini

 Tarikh         : 7 November 2018                                               
 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang 
 Tempat : Pusat internet Felda Besout 3 
 Peserta : 6 orang 

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri 6 pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji kecergasan pelajar dalam membuat kiraan matematik

 

Aktiviti :

Pelajar dibahagi 3 kumpulan, setiap kumpulan ada 2 pelajar. Disini pelajar akan diuji dengan soalan dan perlu membuat jalan kira-kira dengan betul.

Gambar Disini