Keselamatan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan sesebuah komuniti. Aspek keselamatan penting bagi menjamin kesejahteraan komuniti sejagat. Keselamatan sememangnya sinonim dengan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, RELA, pasukan rukun tetangga dan sebagainya.
Di kawasan Felda Besout, Pasukan Polis PDRM dan RELA merupakan badan yang begitu serius menjaga keselamatan kampung. Beberapa buah pos RELA di kawasan Felda Besout disediakan oleh kerajaan bagi melancarkan tugas RELA. Terdapat sebuah pondok polis disediakan di Felda Besout bagi membantu komuniti setempat.
Di luar kawasan Felda Besout pula, terdapat Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tapah & Tanjung Malim, Balai Polis Trolak, Balai Polis Sungkai, Balai Bomba Slim River, Balai Bomba Bidor, dan lain-lain lagi.