Seri Bahulu ditubuhkan dan didaftarkan pada 11 Januari 2011 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Perniagaan kuih tradisional ini bermula sejak tahun 1997 secara kecil-kecilan di dalam rumah sehingga mempunyai bengkel kuih sendiri di sebelah rumah di Felda Gunung Besout 3 oleh Puan Salbiah Dibok. Sekarang beliau dibantu oleh anak bongsu nya Muhaimin Hussain untuk memasarkan produk ke peringkat lebih tinggi. Bila menjelang raya banyak tempahan diterima termasuk kek dan biskut raya.

 

 

REKA bentuk bangunan itu seakan-akan sebuah bangsal. Namun, bangunan yang disangkakan rumah itu sebenarnya ialah sebuah kilang memproses roti yang masih kekal seperti asalnya walaupun zaman telah berubah. Meninjau kilang yang dikatakan sudah berusia hampir 100 tahun itu, bermula dari pintu gerbang menghala ke ruang masuk utama hingga ke pintu belakang, jelas membayangkan pemiliknya, Mokhtar Amat Mohd. Taqi, 49, sarat dengan nilai-nilai sentimental tersendiri.

Begitupun, mungkin ramai orang luar tidak mengetahui cerita di sebalik kilang roti yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat di kawasan Slim River, Perak itu.

Percaya atau tidak, kilang roti milik arwah bapa Mokhtar iaitu Mohd. Taqi Habib telah wujud hampir 100 tahun lalu berdasarkan maklumat asal usul kilang berkenaan daripada cerita orang tua di situ.

Bagaimanapun, kilang tersebut kemudian dibeli oleh pakcik Mokhtar Abdul Kadir Habib pada tahun 1950-an yang ketika itu baru berhijrah dari Lucknow, Uttar Pradesh, India ke Malaysia.

Dia hanya dapat berniaga buat seketika kerana menemui ajal disebabkan sakit tua. Sebelum itu, arwah mewasiatkan kepada Mokhtar untuk menerajui perniagaan berkenaan untuk melangsaikan hutang-hutangnya. Keistimewaan Roti Babu Mokhtar adalah roti nya dibakar di dalam tempat khas menggunakan dapur arang, berbeza dengan roti yang sedia ada menggunakan oven.

Bermula dari detik itulah, empayar roti keluarga tersebut bermula sehingga hari ini yang diteruskan oleh generasi kedua iaitu Mokhtar sendiri.

Orang ramai yang berminat untuk membeli atau mempelajari ilmu membuat roti boleh menghubungi Mokhtar ditalian 016-5186200 atau ke kilang nya yang beralamat No 1 Kampung Masjid Lama Slim River Perak.

SUMBER : KOSMO ONLINE

 

Antara produk dan perkhidmatan tempatan yang ada di Felda Gunung Besout 03 adalah "Pak Din Urut Patah".

Pak Din telah memberikan perkhidmatan urut kepada pengunjungnya dari dalam dan luar negeri sejak lebih 20 tahun dahulu. Difahamkan, pengujung paling jauh yang pernah hadir adalah dari Jordan, Yemen, UK dan sebagainya.

Salah satu keunikan urutan oleh Pak Din adalah urutan tanpa menggunakan sebarang minyak.

Kini, Pak Din hanya menawarkan perkhidmatan urut pada hari setiap hari Khamis & Ahad iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pada hari-hari lain, kebiasaannya Pak Din akan ke hospital kerana dijemput & dibayar oleh hospital berdekatan yang memerlukan perkhidmatan Pak Din. Antara hospital yang biasa memanggil Pak Din untuk memberikan perkhidmatan urut adalah Hospital Slim River, Hospital Ipoh, Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan, Hospital Selayang dan lain-lain lagi.