Menurut cerita orang tua-tua, nama Gunung Besout berasal dari kawasan gunung. Dahulu, kedudukan gunung-ganang yang menghadap antara satu sama lain menyebabkan bunyi bersahut-sahutan setiap malam. Oleh kerana bunyi bergema berkenaan sering kedengaran, maka nama tanah rancangan dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Besout diambil sempena perkataan "bersahut"
Bentuk muka bumi yang unik dan bergunung-ganang mewujudkan nama Felda Gunung Besout 3 yang dibuka sejak tahun 1976/1977. Secara keseluruhannya penekora di Felda Gunung Besout 3 ini mengusahakan tanaman kelapa sawit dengan jumlah keseluruhan peneroka di Felda Gunung Besout 3 adalah seramai 271 orang.
Felda Gunung Besout 3 adalah termasuk dalam pentadbiran Felda Wilayah Trolak iaitu dalam Daerah Batang Padang, Perak. Ia adalah di bawah Dun Slim dan Parlimen Tanjung Malim.
_______________________________________________________________________________________________________________________