Nama | : Haslinda Bt Zulkifli |
Umur | : 35 Tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar Belakang
Persada Klasik Enterprise sebuah syarikat yang menternak arnab secara kecil-kecilan di Felda Gunung Besout 3. Ternakan arnab ini bermula pada 15.09.2013 yang di usahakan oleh Puan Haslinda Zulkifli dan En. Kamalidin di rumah mereka.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau sudah menjadi ahli PI sejak 2010. Beliau sangat aktif menghadiri kelas yang dianjurkan PI. Sebelum ini beliau kurang mahir dalam ICT dan kini sudah mahir dalam penggunaan ICT untuk kehidupan seharian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan ICT
Beliau rajin menyertai kelas keusahawanan di PI. Setelah diberi nasihat dalam perniagaaan. Beliau masuk ke pasar malam untuk menjual arnab dan juga memasuki event jabatan haiwan. Mereka juga menjual palet arnab dan menyediakan servis cucuk ubat kurap. Harga arnab bergantung pada jenis dan kualiti arnab tersebut. Beliau mempunyai cita-cita besar untuk membuat rumah arnab berskala besar dan mendirikan taman khas untuk arnab di bahagian belakang rumah nya.
Nama | : Hakim, Arif, Badrul & Fikri |
Umur | : 20 Tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar Belakang :
CILI BUDIES adalah sebuah perniagaan berasaskan pertanian iaitu penanaman cili. Mereka terdiri dari 4 orang anak muda yang berjiwa kental iaitu Fikri, Hakim, Faiz dan Badrol. Atas minat mendalam terhadap penanaman cili mereka pergi belajar dengan seorang penyarah di Felda Sg. Behrang untuk menuntut ilmu pada awal nye. Kemudian selepas beberapa bulan mereka nekad membuka ladang cili mereka sendiri secara berperingkat mengikut bajet supaya dapat mengawal hasil pada permulaan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Mereka sering hadir ke Pusat Internet untuk membuat kertas kerja syarikat untuk mereka memohon bantuan geran dari pihak agensi tertentu seperti Pertubuhan Peladang Negeri Perak. Kini perniagaan mereka semakin berkembang dan bertambah maju. Dengan wujudnya Pusat Internet banyak membantu para usahawan dari segi perkhidmatan komputer dan juga tunjuk ajar dari petugas itu sendiri dengan kelas latihan setiap bulan.
Nama | : Mohamad Nizamudin Bin Abdullah |
Umur | :25 Tahun |
Ahli | : 2012 |
Latar Belakang
Beliau merupakan usahawan dalam seni lukisan seperti potret artis,potret perkahwinan dan sebagainya. Tulang Pencel Drawing itulah nama Facebook nyer dan instazam ig beliau.
Beliau meminati dalam seni lukisan sejak di bangku sekolah rendah lagi kemudian beliau banyak menyertai pertandingan di peringkat menengah dengan melukis di dinding sekolah. Beliau hanya melukis di dalam rumah nya iaitu di Felda Besout 3 dan memasarkan di dalam media social seperti Facebook dan Instagram. Berpendidikan Diploma Art (Seni Halus) di UITM Seri Iskandar Perak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau sebelum ini hanya melukis suka suka.Pada 2011 beliau sering datang ke Pi1M untuk mencari idea,font lukisan dan juga guru dalam seni lukisan ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Alhamdulilah sekarang ini beliau hanya berkerja dari rumah sahaja mampu menjana pendapatan yang lumayan., beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil seni lukisan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui hasil seni beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM4000.
Nama | : Rosli BIn Sabran |
Umur | : 31 Tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar Belakang
Rosli Sabran merupakan anak peneroka Felda Gunung Besout 3. Beliau banyak menjalankan pertukangan seperti kayu,simenferro dan lain-lain mengikut kretiviti yang tersendiri.
Simen ferro adalah hasil seni ukir bahan yang menggunakan simen. Biasanya kerusi dan meja. Bagi En Rosli dia membuat kelainan sedikit dengan membuat tempat tong sampah dan pasu bunga. ini dapat mencantikan lagi kawasan landskap di kawasan perumahan terutama nya kawasan Felda.
Beliau sering mengikuti pameran di luar seperti pameran Felda di wilayah Terengganu baru-baru ini dan beliau juga mewakili Felda wilayah Trolak untuk membuat pameran disana sekali gus mempromosikan hasil seni beliau setanding barang IKEA.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau sering kali datang ke PI1M untuk membuat kerja-kerja digital seperti kertas kerja perniagaan, gambar reka bentuk yang baru dan pelbagai lagi tugasan.
Halaman 2 dari 2